Episode 1

Mike Melvin

MIKE MELVIN LEE LARRY

"Mayok" Randawi Tavantang Kaamatan 2025

Seorang Penolong Jurutera berusia 25 tahun yang berasal dari Kampung Paus, Ranau. Beliau merupakan individu yang aktif dengan minat dalam gaya hidup sihat, sukan, serta mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Dalam episod pertama kita, beliau telah menceritakan kisah sepanjang beliau menyertai pertandingan Randawi Tavantang Kaamatan 2025 sebagai wakil daripada daerah Ranau. Selain itu, beliau juga telah mengulaskan manifesto yang beliau ingin melaksanakan sepanjang bergelar Randawi Tavantang Kaamatan 2025, iaitu Manifesto "Citra Budaya Genarasi Muda". Di bawah merupakan sedikit biodata mengenai beliau :

Umur: 25 Tahun
Tarikh Lahir: 14/10/2001
Tempat Lahir: Hospital Lahad Datu
Asal: Kampung Paus, Ranau
Bangsa: Dusun
Agama: Kristian
Status: Bujang
Ketinggian: 172 cm
Berat: 72 Kg
Pekerjaan: Penolong Jurutera
Pendidikan: Diploma Kejuruteraan Awam
Institusi: Politeknik Kota Kinabalu
Bahasa: Bahasa Melayu & Dusun
Makanan Kegemaran: Makanan tradisi & masakan ibu
Warna: Biru & Merah
Hiking Jogging Nyanyian Gaya Hidup Sihat Kejuruteraan Awam

Manifesto

Citra Budaya Generasi Muda

Manifesto ini bertujuan memartabatkan warisan seni dan budaya tradisional Sabah dalam kalangan generasi muda melalui pendekatan pendidikan dan penyertaan aktif. Ia memberi fokus kepada pengenalan sukan dan permainan tradisi serta penglibatan komuniti bagi menyemai rasa cinta terhadap budaya sendiri.

Selaras dengan usaha pemeliharaan identiti budaya pelbagai etnik di Sabah seperti Kadazan-Dusun, Murut, Bajau dan Rungus, program ini berperanan memperkukuh jati diri, perpaduan serta kesedaran terhadap kepentingan warisan budaya dalam kalangan murid.

Melalui pelaksanaan aktiviti kebudayaan di peringkat sekolah, diharapkan generasi muda dapat menjadi pewaris budaya yang berbangga dengan asal-usul mereka serta berperanan dalam memastikan khazanah budaya terus kekal relevan untuk masa depan.

Shooting Podcast Info