Tujuan
Randawi Tavantang Kaamatan
Est 2017 (Dibawah jagaan Tuan Casey Jovial)
Kisah kami
Randawi Tavantang Kaamatan ialah pertandingan duta lelaki rasmi dalam Pesta Kaamatan Sabah yang dahulunya dikenali sebagai Buvazoi Tavantang Kaamatan (BTK) sebelum dijenamakan semula pada tahun 2025. Pertandingan ini bukan sekadar menyerlahkan penampilan atau keterampilan fizikal semata-mata, tetapi menekankan aspek kepimpinan, keperibadian, pengetahuan budaya serta komitmen terhadap masyarakat. Istilah Randawi melambangkan lelaki muda yang kuat, berprinsip, berjati diri, serta bangga dengan warisan nenek moyangnya. Setiap peserta perlu membentangkan manifesto yang berfokus kepada pembangunan komuniti dan pemeliharaan budaya, menjadikan pertandingan ini sebuah platform untuk melahirkan duta budaya dan pemimpin muda Sabah. Randawi Tavantang Kaamatan juga menjadi pelengkap kepada pertandingan Unduk Ngadau, di mana kedua-duanya bersama-sama melambangkan kekuatan, ketahanan, dan keindahan identiti budaya masyarakat Sabah.

Tujuan Laman Ini Dibangunkan
Visi laman ini adalah untuk menjadikannya pusat rujukan utama dan sumber maklumat yang menyeluruh tentang pertandingan Mr. Kaamatan, dalam usaha mendokumentasikan dan mempromosi tradisi KDMR serta menarik minat masyarakat tempatan dan antarabangsa.
Antara misi laman ini termasuklah memelihara sejarah pertandingan Mr. Kaamatan, meningkatkan kesedaran budaya dalam kalangan belia dan pelancong, serta menyediakan platform digital interaktif yang mudah diakses untuk generasi muda untuk menarik minat tentang budaya KDMR dan membina jati diri.
Objektif laman ini termasuk memberi pengiktirafan kepada pemenang pertandingan dan mendokumentasikan sejarah pertandingan agar menjadi warisan digital yang kekal, sekaligus memupuk penghargaan generasi muda terhadap budaya sendiri.
AJK RANDAWI TAVANTANG KAAMATAN
Ahli Jawatankuasa Tertinggi RTK
Casey Jovial
Pengerusi/Ketua Pengurusan Pertandingan
Johwaa Miki Sana
Bendahari
Averyl Tony Willibrod
Setiausaha
Cyril Fabianus
Ketua Logistik dan Operasi
Darrel Leon Lai
Ketua Pengurusan Pentas & Teknikal
Murphy Michael Jominin
Ketua Pengurusan Pentas & Teknikal
Erwin Sylvester
Ketua AJK / Promosi dan Media