Episode 2

Bonyvanture Hee

BONYVANTURE HEE

"Bony" Randawi Tavantang Kaamatan 2024

Bonyvanture Hee, atau lebih dikenali sebagai Bony, merupakan seorang individu berusia 31 tahun yang berasal dari Kampung Kimolohing, Ranau. Beliau berbangsa Sino-Dusun dan kini bekerja sebagai Pengurus Perhubungan Bank. Bony aktif dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan penganjuran acara. Dalam Episod 2 kita ini, Bony telah menceritakan perjalanan beliau sepanjang mengikut RTK. Beliau juga menceritakan perbezaan semasa mengikuti RTK pada tahun 2017 dan tahun 2024 dimana beliau mewakili daerah DBKK pada tahun 2017 dan KDCA Klang Valley pada tahun 2024. Selain itu, beliau juga mengulaskan manifesto yang telah dilaksankan iaitu Manifesto "Persatuan Alumni MRK Sabah". Saksikan episod ini untuk lebih lanjut. Di bawah merupakan sedikit biodata mengenai beliau :

Umur: 31 Tahun
Tarikh Lahir: 31/05/1995
Tempat Lahir: Ranau, Sabah
Asal: Kampung Kimolohing, Ranau
Bangsa: Sino-Dusun
Agama: Kristian
Status: Bujang
Ketinggian: 177 cm
Berat: 75 Kg
Pekerjaan: Pengurus Perhubungan Bank
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains, Pembangunan Sumber Manusia from UNIMAS / Master in Management at NBUC (Ongoing)
Institusi: UNIMAS dan NBUC
Bahasa: Bahasa Melayu, English, Cina & Dusun
Makanan Kegemaran: Nasi Goreng masak Sambal Tuhau (Housia Cafe)
Warna: Biru & Turquoise
Bakat: Memberi Ceramah Kewangan dan Persediaan asas dalam Pertandingan Randawi Tavantang Kaamatan
Bola Keranjang Membaca Aktiviti Kebudayaan Mengacara Majlis Pengetahuan Kewangan

Manifesto

Persatuan Alumni MRK Sabah

Persatuan Alumni MRK Sabah merujuk kepada sebuah platform atau jaringan yang menghimpunkan bekas peserta dan pemenang pertandingan Mister Kaamatan Sabah (MRK) atau Randawi Tavantang Kaamatan. Penubuhan persatuan ini bertujuan untuk mengekalkan hubungan silaturahim dalam kalangan alumni, di samping menjadi medium untuk terus menyumbang kepada pembangunan komuniti dan pemeliharaan budaya Sabah.

Melalui persatuan ini, para alumni berpeluang terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti program kebudayaan, khidmat masyarakat, mentor kepada peserta baharu, serta kolaborasi dalam acara rasmi Kaamatan. Selain itu, ia juga berperanan sebagai platform untuk memperkukuh identiti, kepimpinan dan jati diri dalam kalangan ahli, selaras dengan semangat Kaamatan yang menitikberatkan perpaduan, warisan budaya dan pembangunan generasi muda.

Shooting Podcast Info