Tentang Laman ini
Salam Sejahtera dan Kopivosian kepada semua pengunjung Portal Website Randawi Tavantang Kaamatan.
Laman ini kini berada dalam Fasa Pertama Pembangunan yang memfokuskan kepada pembinaan asas sebagai platform digital bagi mendokumentasi dan mempromosi perjalanan Randawi Tavantang Kaamatan. Untuk pengalaman paparan yang lebih optimum dan tersusun, laman ini disarankan untuk dilayari menggunakan paparan desktop atau skrin yang lebih besar.
Saya, Macknouel Munis, berumur 22 tahun dan merupakan Top 7 Randawi Tavantang Kaamatan 2025 mewakili daerah Putatan. Melalui inisiatif ini, laman sesawang “Mr. Kaamatan” dibangunkan sebagai sebuah platform komprehensif yang bertujuan memelihara sejarah, mengetengahkan keunikan pertandingan, serta mengangkat nilai perpaduan, budaya dan identiti masyarakat Kadazandusun Murut Rungus (KDMR).
Diharapkan agar fasa awal ini dapat memberikan gambaran asas yang jelas, sementara penambahbaikan dan kandungan yang lebih menyeluruh akan terus diperkembangkan dari semasa ke semasa.
